Tentang Saya


  

          Setiap nama pasti mempunyai cerita mereka sendiri sama ada suka mahupun duka. Oleh itu, sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut marilah mengenali serba sedikit mengenai latar belakang sang penulis.

         Dilahirkan pada 15 Oktober 2001 di Hospital Kuala Lumpur. Nama diberi Nuruladlin Fadhlina Binti Abd Kahlil merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Walaupun dilahirkan di Kuala Lumpur namun ketika berusia empat tahun telah berpindah ke Pekan, Pahang kerana ayah saya ditukarkan untuk bekerja di sana. Saya memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Peramu Jaya dan menghabiskan Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Peramu Jaya. Pendidikan saya tidak berhenti setakat itu, malah saya terus menyambung pengajian saya ke peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Mahmud Mat dan kini saya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu.

      Bercerita mengenai minat dan hobi yang sering saya lakukan pula ialah menulis. Saya baru sahaja lagi berjinak-jinak dalam bidang penulisan sejak tahun 2020. Di saat negara sedang digemparkan dengan virus yang cukup mengerikan dan pada ketika itu juga kita diperintahkan untuk berada di rumah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tanpa tidak sedar muncul keinginan untuk menulis disebabkan rasa bosan terperap sahaja di rumah. 

Comments

Popular posts from this blog

KEDINGINAN MALAM

KARYA