Posts

Showing posts from December, 2022

SENDIRI DALAM SEPI

Image
  Mengembara sendirian mencari sebuah ketenangan. Aku berhenti seketika apabila terdengar panggilan burung yang sedang mengembangkan sayap meredah samudera langit. Lalu aku duduk di atas batu-batuan tersebut. Perasaan, pikiran dan hati selaras memikirkan kesepian. Aku mulai sedar bahawa aku tidak sendiri yang sebenarnya aku berteman dengan kesepianku.

SEBUAH PERTEMUAN

Image
 Pertemuan itu tak pernah disengajakan walaupun hanya pertemuan yang singkat.  Walaupun musim berlalu pergi, hari berganti hari, bulan purnama tetap sahaja merindukan pungguk. Bibirku selalu menguntumkan senyuman yang lembut. Padahal aku sedang cuba untuk menyembunyikan kesakitan yang aku hadapi. Keindahan yang pernah tercipta masih tersimpan rapi dalam ingatan. Tetaplah sentiasa kuat wahai hati.

TENTANG DIA

Image
  Aku duduk menikmati bayu laut yang menyapa lembut pipiku. Kulepaskan pandanganku jauh ke luasnya lautan. Memerhatikan gelombang yang datang bergulung-gulung. Fikiranku mulai teringat mengenainya. Teringat dimana kita bertemu dengan cara yang tidak terduga. Dia yang selalu ada di setia aku memerlukan tempat untuk aku bercerita. Dia yang selalu siap mendengarkan ceritaku yang kadangnya tidak begitu penting. Dia jugalah yang selalu menguatkanku di saat aku ada masalah sambil berkata 'Sabarlah, Tenanglah, Kuatlah'. Kata-kata yang biasa didengari namun dapat melegakan sebuah hati. Itulah tentang dia, iaitu sahabat. 

CICIKU

Image
 Dulu engkaulah yang sering menyambut kepulanganku. Kehadiranmu membuat yang hambar menjadi ada rasa. Membuat sepiku menjadi terisi riuh. Telingamu, bulumu dan tingkahmu membuat rasa sayangku padamu semakin mendalam. Aku tak bisa membayangkan bagaimana hidupku kalau aku kehilanganmu. Engkaulah tempat aku meluahkan segalanya. Sumpah aku tak kuat disaat kau pergi meninggalkanku. Siapa yang mahu menyambut kepulanganku lagi? Siapa yang bakal mengisi hari-hariku? Siapa lagi yang mahu mendengar luahanku? Kakak selalu rindukan Cici. Tiada siapa yang dapat gantikan Cici dalam hati kakak.  Cici kesayangku <3

NAMA YANG INDAH

Image
 Adlin Fadhlina nama yang dikurniakan oleh kedua orang tuaku. Kenapa setiap manusia mempunyai nama tersendiri? Nama yang menjadi simbolik untuk membezakanku dengan manusia yang lain. Apalah erti sebuah nama itu jika kita sendiri tidak mengharumkannya. Jangan pernah jemu menyebut bahkan menulisnya dalam setiap nukilanmu. Kerana setiap nama mempunyai kisah dan ceritanya sendiri.

SENJA DALAM LUKA

Image
 Aku berjalan sendiri. Menikmati langit indah sambil melihat sekawan burung terbang bebas pulang kembali ke sarang.  Ini sudah senja yang entah keberapa aku nikmati.  Aku diam membungkam. Teringatkan kisah duka ku yang meninggalkan luka yang agak dalam. Aku membisu sambil menatap lagi hari yang semakin temaram. Semoga hati ini sentiasa kuat.

ERTI KEGEMBIRAAN

Image
 Sepanjang berprogram di Universiti, ini program pertamaku bersama dengan anak-anak di rumah amal. Menerokai pengalaman baru ketika bulan Ramadhan bersama dengan mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang merupakan anak yatim, yatim piatu dan anak asnaf. Mereka juga sangat gembira dengan kedatangan kami kerana sudah lama mereka tidak dikunjungi oleh orang luar disebabkan Covid-19. Pelbagai aktiviti kami lakukan untuk menghibur mereka. Sempat juga mendengar cerita dan kisah sedih mereka sehingga mengalirkan air mata. Sungguh sebak. Paling berat apabila kami mahu pulang, aku berpelukan dengan mereka. Mereka sempat berbisik "akak jangan lupakan kami, jenguklah kami disini". Aku terus saja memeluk mereka dengan erat. Aku menahan sebak. InshaAllah ada rezeki kita bertemu ya adik-adik.