CINTA
Sedang asyik menikmati snack petang sambil melayan perasaan merenung siling. Secara tidak sengaja tanganku mencapai keropok yang berbentuk sangat unik iaitu bentuk hati ataupun orang putih sebut love. Terlintas dalam fikiran mengenai apa itu erti cinta yang sebenarnya? Bagaimana cinta itu dapat membawa kebahagiaan? Memiliki ibu dan ayah yang sentiasa menyokong kita pun sudah dikira satu kebahagiaan yang besar iaitu cinta daripada ibu bapa kita sendiri. Mungkin itulah definisi cinta terhadap manusia. Terima kasih buat ibu dan ayah yang tak pernah jemu curahkan kasih sayang. Kakak selalu sayangkan mak dan ayah, doa kakak selalu mengiringi kalian. Ikhlas daripada, Anakanda