Posts

KARYA

Image
  Kata orang dengan menulis kita dapat meluahkan apa yang terbuku di dalam hati. Melalui penulisan, kita dapat merasakan ketenangan. Ketenangan yang kita dapat melalui menulis bukanlah sedikit. Rasa kecewa, rasa marah, rasa gembira semua dapat dihamburkan dalam sebuah penulisan. Walau untuk tatapan sendiri, ianya cukup bermakna sebab ia ditulis daripada hati.   " Kalau kamu bukan anak raja dan engkau bukan anak ulama besar, maka jadilah penulis ". - Imam Al-Ghazali

PUISIKU

Image
Aku sering bertanya pada langit, Akankah ada kebahagiaan untukku, Bagaimana dengan kepahitan, Kesengsaraan yang pernah aku rasai,  Akankan ia hilang seperti debu, Angin sepoi menggelitik, Menerpa wajahku serta membawa aroma bunga, Adakah itu satu petanda. Hadirnya kau tanpa terduga, Hadirnya kau mengisi kekosongan jiwaku, Engkau berjaya mengembalikan senyum tawaku, Engkau sosok seorang jejaka yang begitu istimewa. Pancaran indah manik matamu, Bahkan senyum manismu membuatku diam membungkam, Aku terpesona namun lidahku kelu, Entah bagaimana, Aku ingin mengungkapkan perasaan ini. Terima kasih, Dan Tetaplah sentiasa menjadi penenang hati ini. 

SENDIRI DALAM SEPI

Image
  Mengembara sendirian mencari sebuah ketenangan. Aku berhenti seketika apabila terdengar panggilan burung yang sedang mengembangkan sayap meredah samudera langit. Lalu aku duduk di atas batu-batuan tersebut. Perasaan, pikiran dan hati selaras memikirkan kesepian. Aku mulai sedar bahawa aku tidak sendiri yang sebenarnya aku berteman dengan kesepianku.

SEBUAH PERTEMUAN

Image
 Pertemuan itu tak pernah disengajakan walaupun hanya pertemuan yang singkat.  Walaupun musim berlalu pergi, hari berganti hari, bulan purnama tetap sahaja merindukan pungguk. Bibirku selalu menguntumkan senyuman yang lembut. Padahal aku sedang cuba untuk menyembunyikan kesakitan yang aku hadapi. Keindahan yang pernah tercipta masih tersimpan rapi dalam ingatan. Tetaplah sentiasa kuat wahai hati.

TENTANG DIA

Image
  Aku duduk menikmati bayu laut yang menyapa lembut pipiku. Kulepaskan pandanganku jauh ke luasnya lautan. Memerhatikan gelombang yang datang bergulung-gulung. Fikiranku mulai teringat mengenainya. Teringat dimana kita bertemu dengan cara yang tidak terduga. Dia yang selalu ada di setia aku memerlukan tempat untuk aku bercerita. Dia yang selalu siap mendengarkan ceritaku yang kadangnya tidak begitu penting. Dia jugalah yang selalu menguatkanku di saat aku ada masalah sambil berkata 'Sabarlah, Tenanglah, Kuatlah'. Kata-kata yang biasa didengari namun dapat melegakan sebuah hati. Itulah tentang dia, iaitu sahabat. 

CICIKU

Image
 Dulu engkaulah yang sering menyambut kepulanganku. Kehadiranmu membuat yang hambar menjadi ada rasa. Membuat sepiku menjadi terisi riuh. Telingamu, bulumu dan tingkahmu membuat rasa sayangku padamu semakin mendalam. Aku tak bisa membayangkan bagaimana hidupku kalau aku kehilanganmu. Engkaulah tempat aku meluahkan segalanya. Sumpah aku tak kuat disaat kau pergi meninggalkanku. Siapa yang mahu menyambut kepulanganku lagi? Siapa yang bakal mengisi hari-hariku? Siapa lagi yang mahu mendengar luahanku? Kakak selalu rindukan Cici. Tiada siapa yang dapat gantikan Cici dalam hati kakak.  Cici kesayangku <3

NAMA YANG INDAH

Image
 Adlin Fadhlina nama yang dikurniakan oleh kedua orang tuaku. Kenapa setiap manusia mempunyai nama tersendiri? Nama yang menjadi simbolik untuk membezakanku dengan manusia yang lain. Apalah erti sebuah nama itu jika kita sendiri tidak mengharumkannya. Jangan pernah jemu menyebut bahkan menulisnya dalam setiap nukilanmu. Kerana setiap nama mempunyai kisah dan ceritanya sendiri.